Wednesday 21 March 2012

The Cake Mistress


Yeah I'm the Cake Mistress...every night and day mingling with cakes ;) Kalau free time pulak busy surfing ,reading ,studying recipes. 
Kalau dulu sibuk study subject Journalism,and Masscom now..sibuk memahami tentang sesuatu bahan dan recipe. Macam belajar chemistry jgk la...put this and that..turn to what..
Kerajinan mengolah dan berexperiment tu memang sangat-sangat diperlukan. Kekadang bile buat tetiba ade error ,cake jadi begini lah begitu lah.. 

Bila jumpa recipe -recipe baru memang exited nak try... cuba sampailah outcome nya memuaskan hati. Sebenarnya nak buat apa pun kena lah ada kesungguhan..jangan lokek nak mengeluarkan duit untuk mendapatkan ilmu. Apa salahnya spend sikit peruntukkan untuk hadir ke class yang ada hands on kemudian beli buku-buku recipe untuk rujukan sendiri jugak nanti. 

Ada yang terlampau berkira,sehingga nak semuanya nak spoon feed. Kalau di Uni..golongan ini seboleh-bolehnya nak lecturer bagi jer semua information.Photocopy semua notes dan terus-terusan perlu diberitahu baca ini ,baca itu. Bila sifat 'spoon feed' ni menjadi kebiasaan ,sampai bila pelajar nak explore dunia ilmu yang sesungguhnya cukup luas. Apa salahnya disamping mendapat tunjuk ajar guru, kita berusaha sikit pergi dig up segala jenis buku, search journal dalam internet dan buat sendiri notes. Jelas nanti kita akan jumpa beberapa benda baru yang belum kita ketahui. The excitement of finding new knowledge tu tak boleh nak gambarkan. 
Macam tu jugak dengan Ilmu masakan . Bila kita pergi ke class ,ade guru yang memberi tunjuk ajar,semestinya ade beberapa tips disampaikan. Kemudian disertakan dengan pembacaan ,pasti akan membuatkan kita lebih 'kenal' dunia masakan. Now days..berpuluh ribu blog masakan, website dari chef boleh dicari dengan hujung jari saja, cuma kene rajin google,rajin baca,rajin take notes. Semua tu tentulah amik masa , kita terpaksa korbankan waktu senang lenang kita, waktu menonton tv kita , waktu ber'dating' kita dengan membaca segala mak nenek article . Tak kira pula mata yang pedih berjaga malam, duit electric dan bil internet yang kita bayar untuk dapatkan ilmu tu. Gunakan sebaik-baiknya kuasa internet, bukan hanya online FACEBOOK saja..  Tapi mari nilaikan kembali siapa yang akan beruntung dari semua ini??Tentulah kita . Semakin 'berisi' dengan ilmu-ilmu dan tidaklah kosong tak tahu apa-apa ,lepas tu marah bila yang hendak kita cuba buat tak menjadi. 

Sadly , there's people who loves to gain "it" in express way, and for free. Dia orang tak sanggup nak bayar pegi class, tak sanggup nak spend masa cari articles yang berlambak-lambak kat dalam internet . Tak tahan nak bersengkang mata ...Alih-alih cara paling mudah, cuba cungkil dari mereka yang berkenaan. Memang tak salah nak bertanya ,dan bukannya mahu kedekut ilmu yang sikit. Tapi sekali sekala cuba usaha sendiri cari , baca...experiment sendiri.. Bukankah lebih manis kejayaan kita tu nanti . 
Ramai bakers,chocolatier mengadu , ramai rakan-rakan yang mana sebelum ni tak pernah rapat pun , tetiba pm kat FB terus tanya recipe.. Walhal tahu orang ni buat business , takde perasaan malu ker? Sebelum ni tak pernah nak care,nak amik tahu tegur sapa tetiba pm nak mintak recipe. 
Kalau setakat macam ni baiklah gunakan ENCIK GOOGLE ..tanyalah apa saja pada Encik Google tu..pasti dia ada jawapannya. Perkara semudah itu pun MALAS???? 

Permulaan wahyu yang diturunkan Allah S.W.T melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah IQRA. 
IQRA=BACA!! Baca dengan nama Tuhan mu.. bila sebut baca...paham tak bahawa pemBACAan itu penting dalam menjelajah dunia ilmu yang luas. Segala panduan manual kehidupan juga ada dalam Al-Quran yang menuntut kita hambaNya BACA! Jelas sekali kan...kalau nak pandai, nak jadi hebat, nak berilmu, nak kaya, nak berjaya KITA KENA BACA!  

Sikap orang kita yang terlalu malas nak membaca, sehingga pembacaan ringan seperti baca blog2 yang ade panduan-panduan berguna pun rasa sangat membebankan otak...mungkin hanya suka baca gosip ataupun citer cinta saje. 
Dan jika mahu bertanyakan kepada orang lain tentang sesuatu ,bukankah Islam mengajar kita adab-adab bertanya dan berguru. Paling asas sekali, memberi salam . Kita ni nak bertanya, nak minta ilmu dia.. sebaik-baiknya guna perkataan yang menyenangkan. 
Seperti " Assalamualaikum (nama sahabat) , boleh tak nak tanye,kalau tak keberatan nak berkongsi yang 'benda' tu kan macam mane..saya dah cuba tapi xmenjadi ..bla bla" Kemudian bile dah org tu share ,ucapkan lah kata-kata penghargaan,dan sebagai muslim tak salah mendoakan "Terima kasih sbb sudi share,semoga diberkati Allah dan awak murah rezeki" 

Janganlah disebabkan kita terlampau modern dan hidup di zaman yang serba nak cepat jer ni.. tanya pun terus "Eyh U, ape recipe benda yang u buat tu" hmm
"leh bagi tau camne ko buat tu ?" 
Pernah sekali out of no where ada kawan adik yang dah lama tak bertegur sejak add dalam facebook tak pernah sekali nak say hye pun....Alih-alih terus prompt dekat chat tanya recipe..dah diberi recipe terus off..tade cakap thank you ke hape ke ....Ya Allah..macam-macam perangai manusia nie...
Kekadang kita tak sedar ,kita dah offended orang lain dengan kata-kata kita. 
Pesanan untuk diri sendiri juga. Sememangnya kita insan yang lemah, selalu terkhilaf..namun cubalah untuk menjadi yang terbaik dan berguna pada orang lain. 

Begitu juga karenah customer yang DIVA. Tiba-tiba terus terjah .."buat benda ni tak?" Ok la maybe ade setengah orang agak ROCK skit , tapi macam mana nak dijawab bila penanya tak tahu apa yang nak ditanya. Bila kita sebut jenis-jenis cake , tak tahu..sudahlah tak tahu , lepas tu terus tuduh mahal . Walhal awak sendiri tak buat research dulu nak cake macam mana. Kalau nak murah harga belasan ringgit..Silakan beli cake sponge di Tesco,Giant ,or any kedai cake comercial. Itu adalah cake sponge yer..bukan Butter cake ..bukan Continental Cake pun..Cuba jugak la nak bersabar, tapi sampai tahap dalam hati terbit rasa..." macam mane ni, nak macam benda yang high class, tapi pada harga yang terlalu murah! Sudahlah tu tunjuk DIVA" 
Macam ni la..pada mereka yang nak tunjuk DIVA dan betapa high class nya anda...Sila tempah cake terus dengan prestigious Cake Designer seperti Delectable , Sugar Flours  or kat ICCA . Delectable tu kedai kawan sekolah saya dulu...cake dia memang superb .Harga pun SUPERB...Price untuk kek kahwin or novelty cake starting from RM1000 ...1K ok starting dia...haa dekat situ boleh nak tunjuk DIVA macam dunia ini ente yang punya. 
Apa-apa pun tak kiralah tempah pada siapa pun, tolong jangan layan orang lain seperti KULI. 
Rasulullah S.A.W sentiasa menghargai orang disekeliling baginda. Jangan merendah-rendahkan orang lain,walhal orang itulah juga yang sedang memberi perkhidmatan pada kita. (mode Insaf) Thank you makcik Cleaner , pakcik DBI yang kutip sampah...We owe you all a lot. T_T 
  


Specially bake for my darling bestie Reena 



Order yang datang jauh dari Bumi Kenyalang utk dideliver pada GF nya di KL 



Strawberry Choc moist 

Utk project direct marketing saiful 




No comments:

Post a Comment