Thursday 25 April 2013

Where's my pictures...????

Alahaii baru sedari bila tgk entry2 lama, kebanyakkan pictures semua hilang...I dunno sebab apa...ermm so kene la edit balik ..Letihhh maakkkk uollssss....sedih pun ada...iskkk....Ada tak yang pernah alami masalah mcm ni dekat blog korang??? Adakah store gambar2 dlm blog ni dah lebih 1g...adoii  sakit nye hati...ermm...

Will managed this problem as soon as possible..tapi buat mereka yang nak tgk contoh2 cupcakes, fancy sugar cookies ,product-product Tempting Heart...boleh la add facebook Tempting Heart...kat sane berlambak2 pictures ..

nak nangis 5 baldi....wuuwuwuuwuww....

sebenarnya ni tgh sibuk berbaking untuk event hujung minggu nie...ermm..sabar jelah yer..dugaan namanya...

Monday 22 April 2013

Dessert table @ candy buffet at Hanna & Muneer's Wedding



Tempting Heart begitu teruja untuk set up dessert table pada majlis pernikahan Hanna & Muneer di Taiping. Pertama sebab order ni datang dari kawan satu universiti semasa di Puncak Perdana dulu iaitu Nor Azam . Kiranya Azam ni dah jadi pelanggan tetap lah untuk Tempting Heart. Azam telah memilih package chocolate fountain serta menambah cupcakes untuk dessert table pada majlis pernikahan kakak sulungnya Hanna. Yang menarik hati saya bila pengantin memilih tema warna putih dengan sentuhan garden wedding,sesuai dengan concept rumah mereka yang English colonial look. Garden yang sedia ada pun cantik.. This is first time untuk Tempting Heart buat dessert table untuk kenduri nikah , so it is more intimate get together, family and closed relatives berserta jiran-jiran. 





Seronok tengok kanak-kanak mengkerumuni meja dessert table ni. Tak kurang juga orang dewasa semua pakat serbu lepas menjamah nasi kenduri. 




Satu kekesalan sebab tertinggal DSLR di rumah , sebab sibuk loading barang dalam kereta ,jadi takde la gambar yang cantik dapat di capture ,hanya dapat ambil gambar guna phone saje..Pasrah sajelahh! Tunggu gambar dari official photographer Hanna.. untuk versi yang clear dan cantik..

 Hanna juga tempah wedding cake nya iaitu Redvelvet two tiers with fondant coverage. Cake pun warna putih , dan saya tambah hiasan gumpaste flower (self-made tau) with pink dusting...
Cantik tak cantik tak???hehehe yang penting Pengantin puas hati dengan cake dan dessert table dari Tempting Heart.
Thanks a million Hanna and husband ,Azam and the whole family. Hope our friendship would be last .


Nanti saya akan upload lagi gambar cake ni di entry lain..hehe 

Sunday 21 April 2013

31313 memorable date..

Dessert table kali ni ditempah oleh Puan Hasnizah untuk perkahwinan adik lelaki bongsunya Hasrul dan pasangannya Farah. Bertempat di Tapah ,Perak . Gabungan warna tiffany blue dan light yellow.
Thanks a million to Puan Hasnizah and congratulations to the newly wed.. Sudi-sudikan tempah dgn Tempting Heart lagi yer..:) Puan Hasnizah juga turut menempah cake redvelvet with cream chesee 2 tiers untuk dibuat cake pengantin..
I really love this combination of colors...so lovely ..perasaan tak kebelakangan ini warna turquoise  ,tiffany blue ni popular..kalau tidak masakan kebanyakan event yang saya buat kebanyakan nya ke arah tone warna seperti ni..