Thursday 7 June 2012

Opah saya dulu penah cakap..BUAT BAIK BERPADA-PADA ,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI

kenapa baik tu kena berpada-pada?? supaya orang tak ambil kesempatan pada kebaikan kita.
dan Kenapa buat jahat jangan sekali???

Sebab bila dah buat JAHAT SEKALI ...InsyaAllah ade balasannya..Law of Attraction konsep matsalleh. kalau dari sudut Islam..setiap zarah pun akan ditimbal balas..

Hari ini kalau kita buat JAHAT kat orang, kita aniaya dia, kita buruk-burukan nama dan maruah dia....InsyaAllah ...Allah Maha Adil dan sentiasa berpegang pada janjiNya.. Adalah balasan tak kiralah di dunia atau di akhirat. Kekadang kesannya boleh nampak sekejap dan sekelip mata...

Tak percaya? Cubalah kalau berani ,pegi tumbuk atau cederakan sapa-sapa di tepi jalan, dengan automaticnya sama ada kita akan menerima satu tumbukan balas dari orang yang kita cederakan, atau pun dipukul balik oleh orang yang nak defend mangsa tu, dan yang pasti sekali kalau mangsa buat report police sudah tentu kita kena hukum dengan undang-undang sedia ada.

Itu baru dunia punya hal, selagi kita tak minta maaf pada mangsa dan mangsa pun tak maafkan...menjawablah di mahkamah Allah nanti.
Masa tu , segala kaki tangan ,anggota badan akan menjadi saksi...bila dihakimi ternyata kita yang salah maka pahala kita (yang memang dah sediah sikit tu ) terpaksa lah diberi pada mangsa ..
dan jika langsung tidak ada pahala...maka terpaksalah kita tanggung dosa si mangsa. Ini mengikut apa yang Ustaz sampaikan lah..

Di dunia maybe kita tak rasa apa-apa, sebab kita ingat kita muda, umur masih panjang , akan hidup lama,sempat lah bertaubat bila tua.
Tapi siapa boleh menjangka bila malaikat Izrail akan menjemput kita untuk berjumpa Allah. Bayi umur satu hari pun Allah boleh jemput mengadapnya semula..inikan kita?
Pada mereka yang masih tidak henti-henti dengan hasad dengki berkesumat di hati ,fikirlah takkan kita nak mengadap Allah dengan membawa hati yang penuh dendam ,hasad, hitam tu?
Bila-bila masa ,at any time,sedikit tak akan terlewat.. Umpama pita petik suis lampu..PLUPPP OFF semuanya...

Fikirkan dengan amalan yang kita lakukan, Alhamdulilah jika kita penuh dengan amal kebaikan,kebajikan ,ibadah yang ikhlas pada Allah . Tapi jika penuh berlumur dosa? Dosa yang tidak akan diampunkan ? Benar Allah Maha Pengampun, namun seandainya diri penuh keegoan tidak pernah sujud mohon ampun untuk taubatan nasuha ...apakah akan diampunkan dosa-dosa itu??
Dosa MENSYIRIKKAN ALLAH dah satu hal,
Dosa MENGANIAYA orang satu hal ,
Dosa BERBUAT ZALIM pada orang...
semua nya saling berkait...

Manusia jika mengikut gelojak nafsu ,dendam kesumat, amarah memang senang akan terpesong. Begitu mudah kita termakan pujuk rayu syaitan, begitu mudah kita mendatangi tukang-tukang sihir semata-mata nak puaskan dendam kesumat. Kita nak orang yang kita benci tu sakit? Nak lihat dia derita..kalau boleh sampai orang tu mati?? Mahu pelajarannya terganggu,masa depan dia gelap,biar dia hidup bergelendangan??
Begitu sekali seorang manusia tergamak lakukan .
Tapi ingatlah...Kezaliman yang dilakukan itu akan dihitung satu-satu...Setiap kali mangsa terseksa menahan sakit ,dan kerana kesakitan itu dia terbatas melakukan beberapa perkara,hidupnya tidak normal seperti orang lain. Ingatlahhh DOA mangsa yang teraniaya tiada hijab dengan Allah..
Setiap kali rintih mangsa mengadu pada Allah...direct terus doa itu Allah dengar . TAKUT lah dengan doa mereka yang teraniaya.

Ingatlah nanti diakhirat kelak tiada tukang sihir ,tok bomoh yang nak tolong lunaskan hajat itu lagi, tak ada lagi semua itu. Kalian bersama-sama tukang-tukang sihir,tok bomoh yang kalian upah akan digolongkan sekali dan terima lah hukuman yang azab dari Allah.
Janji ALLAH itu BENAR .

SIAPA KAMU DAN APA PUN YANG TELAH KAMU LAKUKAN DEMI ALLAH AKU MAAFKAN DAN AKU SERAHKAN SEGALANYA PADA ALLAH UNTUK MEMBERI BALASAN YANG SEBAIK-BAIKNYA .

MOHON AMPUN PADA ALLAH SELAGI MASIH ADA NYAWA DIBADAN. KALAU DAH DALAM LIANG LAHAD BARU NAK MOHON AMPUN TAUBAT NASUHA ,SUDAH TERLAMBAT .

Hidup di dunia ini kamu mungkin rasa bahagia, kamu mungkin punya kerja yang kamu idam-idamkan , kamu mungkin punya harta bertimbun , namun jika semua itu dilakukan dengan cara kotor?? Apa yang kita nak jawab pada Allah bila disoal nanti??
Apakah akan kita kata seperti ini ? Tak malukah dihadapan semua hambaNya nanti akan dengar pengakuan kita?
Tak malukah nanti andai kalian berkata-kata tanpa boleh kalian menipu dan berdalih lagi . Semua anggota akan berkata benar .
"Ya Allah..aku berjaya rebut jawatan  dunia itu dengan menganiaya  rakan sepejabatku. Ya Allah dahulu di university aku dengki pada rakan sekelas ku yang lebih cemerlang,lalu aku sihirkan dia supaya dia sakit teruk dan tak boleh lulus dalam exam. Ya Allah dulu aku ganggu keluarga dia kerana aku dengki dengan kelebihan yang ada pada keluarga dia. Dengan kaki dan tangan inilah aku melangkah berjumpa tukang sihir.. " (BEGINIKAH CONTOH DIALOG YANG MUNGKIN KITA UNGKAPKAN TANPA RELA LIDAH AKAN LUNCUR MENGELUARKAN PENGSAKSIAN)

Bertaubatlah! TAUBATAN NASUHA

KALAU KITA TERKENA MINYAK PANAS YANG TERPECIK PUN DAH RASA SAKIT YANG AMAT, BAGAIMANA PULA RASA PANAS BARA API NERAKA YANG MENJULANG-JULANG ITU.

Tak tahu lah kalau dalam diri kalian itu sememangnya tidak ada perasan gentar ,mungkin kerana hati telah  keras dan hitam sehingga terlalu sombong dan tidak akui azab-azab yang Allah janjikan .

Sekali lagi, ingin aku nyatakan, aku MAAFKAN kamu,walau apa pun telah kau lakukan..meskipun penuh sukar, namun aku tidak mahu kerana kamu menyebabkan kaki aku tersangkut dan terlambat sewaktu ingin melangkah ke syurga Allah.




Sunday 3 June 2012

Kawin Kawin Kawin

Situ sana sini ada majlis kahwin..dan biasalah musim perkahwinan ni ramailah yang menempah doorgift,cake hantaran dan cake kahwin...

















Senyum

Smile and chin up as if nothing happen . Swallow all the sorrow , smile so that others will be happy to see you grin from ear to ear..

La Tahzan Inallaha ma'na...

Alhamdulilah,berkat kesabaran pasti ada imbuhannya.
Ada sesuatu yang tidak disangka-sangka terjadi , kalau ada rezeki InsyaAllah. Tinggal lagi usaha, Man Jadda Wajadda...


Cupcakes yang diorder oleh Aunty Glory untuk dibawa ke Indonesia kepada anaknya yang sedang menjalani housemanship :) 





Cake for Mother's Day celebration.I decorate it with Sakura theme inspired by Peggy Proshen's cake.

We celebrate it at Maksu's house in Putrajaya . Makan ramai-ramai barulah rasa seronok..
Sengaja memilih Sakura sebagai tema..kerana mengikut falsafah orang Jepun (ilmu yg dpt semasa training Esq) ~Orang Jepun menjadikan bunga sakura sebagai inspirasi kerana walaupun hayat bunga sakura ini hanyalah seminggu dan hanya akan mekar kembang sekali dalam setahun iaitu didalam bulan April.Walaupun hayatnya pendek namun ia kembang menyeri suasana dan pesekitaran . Begitulah diharapkan hidup manusia , meskipun kita hidup didunia nan fana ini hanya seketika namun lakukanlah yang terbaik dan menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain.