Tuesday 22 January 2013

Dessert table di Majlis Aqiqah dan Berendoi di Meru Hills Ipoh


This is the second time  untuk Tempting Heart buat dessert table untuk Majlis Aqiqah dan Berendoi. Apa yang bestnya bila buat untuk meraikan si comel ni, tentulah sebab ada Marhaban ,ada seisi berendoi dan mencukur jambul . Detik-detik ini sememangnya sesuatu yang indah buat ibu dan ayah serta seluruh keluarga.

Tempting Heart terima tempahan dari Puan Syafiza dengan tempoh masa yang dekat sangat dengan deadlinenya. Kira-kira tak kurang dari 10 hari sebelum majlis, nasib baik designer sempat design custom made chocolate bar ,signage dan juga doorgift yang didalam nya ada personalized Yassin ,cookies dan personalized choc bar.

Majlis Aqiqah dan Berendoi ni ada dua baby, seorang Hanif Aydan Adha ;putera ketiga Puan Syafiza dan anak saudara nya Adeena Sofia .

So here are the pictures ...





















Sunday 20 January 2013

Dessert Table Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul

Assalamualaikum..good day folks...

Ok lah ni nak share skit gambar-gambar Dessert Table yang Tempting Heart set up kan di Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Baby Areev Shahzeedan di Teluk Intan Perak pada 25 Nov 2012.

Cantik combination color yang Puan Ainin minta ni.. Turquoise with brown color . Since Puan Ainin dari awal dah decide design n theme color so sangat memudahkan kerja2 saya. Terus bagi pada designer utk design the wrappers ,label semua.

Walaupun terambat sikit sampai ke rumah parents Puan Ainin di Teluk Intan ni sebab memusing cari rumah dalam taman tu. Kelakarnya sebab dah sampai betul2 dalam taman tapi masih tak jumpa lorong.
Puan Ainin sekeluarga ramah sangat , sampaikan rasa macam di rumah kenduri saudara sendiri . Ibu Puan Ainin pun sampai temankan saya dan bonda semasa makan. Lagi satu geram sangat dengan baby Areev sbb comel sangat, tapi disebabkan kesibukan tak dapat lah nak dukung-dukung timang timang macam yang saya selalu buat kalau jumpa anak-anak saudara yang seusia Areev.
So inilah antara gambar-gambar semasa majlis. Kalau nak tengok lebih banyak gambar boleh lah add di  facebook Tempting Heart ,di sana ada banyak gambar-gambar lain.