Sunday 8 April 2012

Adab Terhadap Makanan

Sebagai seorang muslim ,kita telah diberikan garis orbit yang harus kita ikuti. Selain dari soal amal ibadah seperti yang terdapat dalam Rukun Islam kita juga diajarkan oleh Rasulullah S.A.W mengenai beberapa adab . Jika western berbangga dengan table manners nya..kita orang Islam juga punya table manners yang seringkali kita lupa akan hal itu. 

Kalau dalam table manners yang dianjurkan western kita ditekankan soal penggunaan cutlery , napkin, cara memotong,menyuap dan sebagainya..
Tetapi Rasulullah mengajarkan lebih dari itu..Baginda mengajar kita menghormati makanan. Kerana itu adalah rezeki yang telah Allah berikan kepada kita. 

Seringkali bila kita dihidangkan makanan kegemaran,kita menyorak kegembiraan.."yeayy my Fav"!!!! Sebaliknya pula jika kita dihidangkan dengan makanan yang bukan kegemaran kita ,ataupun makanan tersebut kurang sedap pada selera kita, terus kita mencemuh dan menghamburkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang yang menghidangkan makanan. 
Perlu diingatkan selera setiap orang berbeza-beza..ada yang suka pedas,ada yang suka 
masam,masin,manis..

Ada yang suka makan cicah budu,tempoyak, letak kicap dan sebagainya..
Bukankah semua itu adalah nikmat yang Allah telah berikan kepada kita .Nikmat merasa pelbagai jenis makanan. Mengapa harus kita mencemuh,mengeji makanan yang kurang sedap sedikit. Mungkin bagi kita tak sedap,tapi bagi orang lain rasa benda tu sedap. 
Berikut merupakan rujukkan hadis sahih yang menyatakan beberapa kejadian dan bagaimana adab Rasulullah terhadap makanan. 

Dari Abu Qubaishah Hulb Ath Thai’ Ash Shahabi r.a. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW & seorang lelaki bertanya kepadanya,sesungguhnya diantara makanan itu ada suatu makanan yang tidak menyenangkan bagiku. Rasulullah SAW bersabda,'Janganlah dada mu berasa sempit disebabkan sesuatu yang kamu serupakan (mirip-miripkan) dengan ajaran Nasrani”. wallahualam. Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi, & Ibnu Majah, Dari Kitab Al Azkar


Begitu juga dengan kisah Rasulullah SAW Menolak Makanan Dengan Tidak Menyakiti Hati Sahabat: Rasulullah SAW menghulurkan makanan untuk mengambilnya. Para sahabat berkata “ini binatang dhab ya Rasulullah”. Rasulullah SAW mengangkat kembali tangannya (tidak jadi mengambilnya). Khalid bertanya “apakah binatang dhab ini haram (dimakan) ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “tidak. Tetapi kerana ia tidak terdapat dinegeri kaum ku,maka aku rasa enggan memakannya”. Hadis sahih riwayat Bukhari & Muslim, dari kitab Al Azkar


Jabir r.a. menceritakan pada suatu masa, Rasulullah sedang makan. Apabila lauknya habis, Baginda meminta tambah lauk dari keluarganya. Oleh kerana lauk didapur sudah habis, keluarganya menawarkan cuka kepada Baginda. Rasulullah SAW mengambil cuka itu & berkata “lauk yang sedap adalah cuka,”. Ulama sependapat menyatakan, bukanlah kerana cuka itu enak pada selera Baginda, tetapi Baginda berkata sedemikian kerana ingin menghargai cuka itu sebagai penambah selera. Ucapan yang baik pada makanan akan memberi berkat kepada kita insyaallah kerana ianya diajar oleh Rasulullah SAW. wallahualam Hadis riwayat Muslim,Dari Kitab Al Azkar


Lihatlah adab Rasulullah SAW..bila mana baginda menolak untuk merasa makanan yang dipelawa oleh sahabat, Baginda menolak dengan penuh kesopanan tanpa menyinggung perasaan sahabatnya..

Cuba kalau kita...pasti kita akan hamburkan kata-kata begini " euwww taknak lah..aku tak makan benda ni..tak bape suka lah!!! 
Apa perasaan Sahabat yang menhidangkan makanan itu?? hmm tentulah offended kan? dah cukup baik hati dia mempelawa dan menghidang makanan..tapi kita pulak beri komen menyakitkan hati. 

Malah Baginda melarang sama sekali kita menghina makanan walaupun rasanya tidak sesuai untuk selera kita. Ucapkan perkataan yang baik-baik. 

Maaflah, kekadang sebagai tuan rumah dan penyedia makanan..kekadang saya berasa sangat kecil hati dengan sikap sesorang . 
Tidak perlu mencebik (dengan mimik muka seolah jijik dgn makanan itu dan mengeluarkan kata-kata " Eiii tak baper suka lah benda tu..tak berkenan lah!!!! Tak sedaplahh " 
Walhal benda yang dicebiknya itu lah yang menjadi kegemaran ramai orang dan ramai yang menempah dengan saya. 
Apakah niat sebenar orang itu?? Jika tidak hormatkan saya sebagai tuan rumah,tolonglah hormatkan makanan (rezeki ) yang Allah berikan. 


Mungkin saya bukan bakers yang ada  sijil culinary dari tempat-tempat berprestij,tetapi saya belajar dari guru-guru yang ada sijil berprestij dari Wilton ,PME.. 
Saya sentiasa hargai ilmu yang diperturunkan, jadi janganlah mencemuh seolah-olah guru saya know nothing.