Monday, 8 July 2013

Our dessert tables and candy buffets

Assalamualaikum , Hello folks..for the past few months we have been busy with dessert table bookings and cake orders. First and foremost we would like to say thank you to all of our clients  for trusting us.

Last update Tempting Heart 's dessert table ialah di kenduri nikah di Taiping kan.. So inilah entry-entry tertunggak yang tidak berupdate dari tuan tanah hehehe...

Kedua majlis ni berlaku dalam bulan April (sekarang dah July kan) tengok la berapa lama tertangguh entry ni.

Dessert table di Majlis perkahwinan Mazwin dan Ilylia Shahid yang bertempat di Tapah ,Perak.











Dessert table @ Majlis Aqiqah Mohammad Afif Danial di Bidor ,Perak 






Kedua dessert table ni dilakukan pada tarikh yang sama. Nasib lah Bidor dan Tapah tu tak jauh sangat. Semuanya sebab spekulasi tarikh election..jadi orang semua takut nak buat kenduri. Jadi ada majlis yang terpaksa di tunda.

Walaupun penat tapi terasa puas bila lihat muka client dan tetamu majlis happy bila tengok dessert table ni.

Jadi untuk mereka yang berhajat nak adakan candy buffet @ dessert table di majlis bolehlah start menempah/booking dari sekarang supaya persiapan rapi dapat kami lakukan.

Yang pasti majlis anda pasti meriah dan menjadi suatu tarikan untuk para tetamu menjamu selera.
Jangan risau mengenai budget, we will work on ur budget .. selain dari package yang tersedia , anda juga boleh memilih menu and item mengikut selera .

Ramai client bertanya bolehkah Tempting Heart set up candy buffet di luar Ipoh. Jawapannya SURE Darling!
Cuma kami mengenakan  charge delivery untuk di luar Ipoh.

Memang sekarang trend candy buffet dan dessert table ni menjadi-jadi. Ada yang berhajat nak DIY saja.. tapi untuk tidak memeningkan kepala bride to be , yelah mana nak fikir baju kahwin lagi, pelamin lagi, khemah kenduri,makanan... Apa kata serahkan pada Tempting Heart saja. DIY juga memerlukan cost yg banyak kan? Sebab nak beli jar, canister, tiers, printing deco ..itu tak termasuk chocolate fountain machine kan? Harga choc fountain machine saja sudah Rm300 lebih.. tak termasuk chocolate khas yang harganya RM40 per KG...
So who said DIY menjimatkan??

Lebih baik tak payah pening-pening... serahkan pada yang pakar...ecewahhh... Ok folks...nnt sambung lagi...Wait for our next entry...;) Satu event birthday yg meriah dan satu wedding di bandar di raja Kuala Kangsar.


Thursday, 25 April 2013

Where's my pictures...????

Alahaii baru sedari bila tgk entry2 lama, kebanyakkan pictures semua hilang...I dunno sebab apa...ermm so kene la edit balik ..Letihhh maakkkk uollssss....sedih pun ada...iskkk....Ada tak yang pernah alami masalah mcm ni dekat blog korang??? Adakah store gambar2 dlm blog ni dah lebih 1g...adoii  sakit nye hati...ermm...

Will managed this problem as soon as possible..tapi buat mereka yang nak tgk contoh2 cupcakes, fancy sugar cookies ,product-product Tempting Heart...boleh la add facebook Tempting Heart...kat sane berlambak2 pictures ..

nak nangis 5 baldi....wuuwuwuuwuww....

sebenarnya ni tgh sibuk berbaking untuk event hujung minggu nie...ermm..sabar jelah yer..dugaan namanya...

Monday, 22 April 2013

Dessert table @ candy buffet at Hanna & Muneer's Wedding



Tempting Heart begitu teruja untuk set up dessert table pada majlis pernikahan Hanna & Muneer di Taiping. Pertama sebab order ni datang dari kawan satu universiti semasa di Puncak Perdana dulu iaitu Nor Azam . Kiranya Azam ni dah jadi pelanggan tetap lah untuk Tempting Heart. Azam telah memilih package chocolate fountain serta menambah cupcakes untuk dessert table pada majlis pernikahan kakak sulungnya Hanna. Yang menarik hati saya bila pengantin memilih tema warna putih dengan sentuhan garden wedding,sesuai dengan concept rumah mereka yang English colonial look. Garden yang sedia ada pun cantik.. This is first time untuk Tempting Heart buat dessert table untuk kenduri nikah , so it is more intimate get together, family and closed relatives berserta jiran-jiran. 





Seronok tengok kanak-kanak mengkerumuni meja dessert table ni. Tak kurang juga orang dewasa semua pakat serbu lepas menjamah nasi kenduri. 




Satu kekesalan sebab tertinggal DSLR di rumah , sebab sibuk loading barang dalam kereta ,jadi takde la gambar yang cantik dapat di capture ,hanya dapat ambil gambar guna phone saje..Pasrah sajelahh! Tunggu gambar dari official photographer Hanna.. untuk versi yang clear dan cantik..

 Hanna juga tempah wedding cake nya iaitu Redvelvet two tiers with fondant coverage. Cake pun warna putih , dan saya tambah hiasan gumpaste flower (self-made tau) with pink dusting...
Cantik tak cantik tak???hehehe yang penting Pengantin puas hati dengan cake dan dessert table dari Tempting Heart.
Thanks a million Hanna and husband ,Azam and the whole family. Hope our friendship would be last .


Nanti saya akan upload lagi gambar cake ni di entry lain..hehe 

Sunday, 21 April 2013

31313 memorable date..

Dessert table kali ni ditempah oleh Puan Hasnizah untuk perkahwinan adik lelaki bongsunya Hasrul dan pasangannya Farah. Bertempat di Tapah ,Perak . Gabungan warna tiffany blue dan light yellow.
Thanks a million to Puan Hasnizah and congratulations to the newly wed.. Sudi-sudikan tempah dgn Tempting Heart lagi yer..:) Puan Hasnizah juga turut menempah cake redvelvet with cream chesee 2 tiers untuk dibuat cake pengantin..
I really love this combination of colors...so lovely ..perasaan tak kebelakangan ini warna turquoise  ,tiffany blue ni popular..kalau tidak masakan kebanyakan event yang saya buat kebanyakan nya ke arah tone warna seperti ni..













Monday, 11 March 2013

Dessert table @ candy buffet at Raj and Vicky's wedding reception

Tempting Heart sangat berbesar hati terima job dari Mr Raj untuk buat dessert table di wedding receptionnya yang bertempat di Hotel Syuen Ipoh pada 18 Feb yang lalu.

He is my cousin's best friend ..kira best buddy lah..business budy,n macam-macam lagi. Memang dah diberitahu dari awal sebelum saya berangkat bercuti ke Melbourne(bln 12) lagi pasal wedding Mr. Raj ni, dan pesanan dari cousin yang minta "Please do the best for my best friend " memang di pandang berat olehku..bukanlah maksud client yang lain tu saya tak pandang berat. But when people beg you, dan lebih-lebih lagi this is first time set up untuk Indian wedding banyak yang bermain di fikiran. 
Pertama sekali nak fikir...apa theme yang sesuai, n apa adat resam yang perlu kita take note dalam reception mereka. 
Banyak juga dapat nasihat dari aunty , they love flowers, so make sure ada flowers design atas cupcake,table semua. So dah selamat disitu sebabnya dah biasa buat theme flowery gitu..

Memang dlm reception ni terasa sangat muhibah sebab semua bangsa ada. Kira memang best lah.. ada bangra dance.. dapat tgk saree yang cantik2 dan merelip2..terasa nak pakai Saree jugak (tapi version muslimah) Love the colors.. 

Dan buat pertama kalinya juga set up dua dessert table .. First station ada chocolate fountain, candy ,fruits semua tu..the Second one ada cakes and candy sahaja. Well bila mcm ni the pressure memang double. 3 jam set up utk dedua table..phewww...mencabar sungguh..Nasib ada assistants iaitu my sister, brother and cousin untuk bantu. 

The spread 

masa ni dah ready and lepas tu Tuan tanah naik ke bilik hotel bersiap nak pakai saree**(tipoo pakai baju kurung je)


Since bride n groom pakai baju ala2 cream.. so I decided to blend je pastel colors sebab Mr.Raj tak bagi any specific theme. Betul2 serah pada Tempting Heart untuk decide. 



Ini table yang kedua..


Biasalah untuk reception begini semua orang akan makan serentak, meaning food will be served by waiter. So selepas saja dessert di served(yang dalam menu) ,MC umumkan untuk persilakan guest jangan segan-segan utk ke dessert table yg disediakan...Dalam 20 min macam tu...memang licin uols...Oh I enjoy seeing people makan hasil masakanku..



So people ,berminat tak nak adakan candy buffet/dessert table di majlis anda ? Pastinya akan jadi bualan tetamu nanti (percayalah) Tentu anda suka tengok tetamu gembira dengan desserts galore macam ni kan. Pada yang berminat dengan dessert table ni bolehlah emailkan pada temptingheartcakehouse@yahoo.com. Atau pun boleh add facebook Tempting Heart. Kalau yang di fan page tu, gambar2 kurang skit sebab di situ ade beberapa factor saya kurang gemari untuk upload gambar, first kebarangkalian gambar untuk di cilok sangat tinggi. Kedua anda akan kurang dapat tengok updates melainkan anda click( "see this in news feed") 

Service Tempting Heart juga meliputi negeri di Utara, contoh macam Penang, Kedah. 
Pada mereka yang di KL,Putrajaya pun boleh kalau nak hire us. 
Dan semestinya pada mereka yang mencari service candy buffet/dessert table di Ipoh dan serata Perak jangan lepaskan peluang ini. Pastinya dapat memeriahkan majlis anda nanti. 

Jadi tunggu apa lagi darlings...email us at temptingheartcakehouse@yahoo.com untuk dapatkan quotation dan lihat packages yang kami tawarkan. 






Monday, 25 February 2013

Sleepless in Seattle :P

Chinese New Year yang lalu merupakan minggu yang super busy . Maklumlah ramai yang ambil kesempatan nak buat wedding,tunang, merisik.

Rumah jangan cakap la memang semerbak bau cake, sampai ke bilik tidur naik bau nya. 
Tak termasuk kotak-kotak kek yang penuh di ruang tamu . Nasib la ada assistant yang setia 
menolong,terima kasih tak terhingga sebab banyak membantu.


Cupcakes siap dengan box ni tempahan utk dijadikan doorgift . Tempahan datang dari Nurshida,untuk majlis kawin adiknya bertempat di Seri Malaysia Taiping. 




 Cupcakes ,apam polkadot,cheesetart ,  dan cake choc moist  with malteasers 3kg( utk hantaran) tempahan dari my schoolmate Liyana utk diletakan didessert table semasa wedding receptionnya.

Cupcakes dengan design yang comel ni untuk kawan Saiful (my lil bro). 

Shida juga tempah Rainbow cake dengan design rossete n ade ladybird figurine.Juga Fruit Tarts.. 
Ini pula cupcakes untuk hantaran merisik buat sepupuku yang nak merisik orang Kedah. Thanks Mak Lang sebab sudi order, sorry tak dapat nak mengikut rombongan merisik sebab anak sedaramu ini busy sangat2 menyiapkan order. 






Saturday, 23 February 2013

Dessert table @ Wedding Reception in Lumut

Tempting Heart mendapat tempahan dari Nurfyzah yang ingin mengadakan dessert table di majlis kawin abangnya; Ridzuan dan pasangannya Faridah.

This is  the first event yang booking for chocolate fountain..and guess what..it was great !!And turn out such a hit to the guest . Memang menjadi tumpuan orang lah kiranya. Who can resist chocolate rite? Even orang tua pun tak boleh tahan the temptation apa tah lagi budak-budak.


Wedding ni bertema kan garden dan warna turquoise dan hint of purple . Bertempat di Marina Cove hall , memang cantik decoration reception ni. 


Selain dari chocolate fountain package , Nurfyzah juga tambah order cupcakes untuk package ni. 


p/s: ketika menulis entry ni , rasa terliur sangat2 tengok chocolate yg berkilat2 mengalir di chocolate fountain tu.... Sedapnyaaaaa......

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang ingin kita dustakan?" petikan Surah Ar-Rahman yang sentiasa melekat dijiwa saya bila merasakan betapa banyak nikmat yang dianugerahkan Allah. Antaranya nikmat menjamu selera dengan pelbagai rasa yang menyelerakan. :) 


err itu la saya dan bonda sedang busy :)

Saturday, 2 February 2013

Sun-Shiny day.

Hello there lovelies ...sorry tak dapat nak update dgn lebih kerap sebab January ni schedule sangat packed . Satu kenyataan yang saya terpaksa terima, saat orang lain bercuti panjang hujung minggu atau cuti2 public holiday yang lain ;saya tak dapat nak bercuti sebab masa itu lah order untuk majlis perkahwinan, majlis kenduri aqiqah ,kesyukuran berlumba-lumba masuk.

Disebabkan sambutan hangat oleh Tempting Heart's darling ,jadi saya harapkan pada sesiapa yang berhajat nak place order atau nak buat dessert table di majlis korang tu cepat-cepat lah booking dengan Tempting Heart .

Dan lagi satu nak bagitau ape pentingnya deposit untuk confirmkan order tu, satu untuk menyakinkan bahawasanya korang betul2 serius nak order , so kiranya kalau tetiba korang cancel order saya tidaklah rugi sebab kebanyakan barang-barang mentah tu saya kene beli awal and for sure as small medium business like us kene beli barang dengan cash pada bakery supplier.  Katakan lah saya beli bahan-bahan dulu kemudian last minute ade yang cancel the order, kalau tanpa deposit senang2 aje lah orang nak cancel without rasa responsible . Sedangkan saya macam orang yang teraniaya lah sebab dah kerugian. So harap faham kenapa deposit ni penting. Kalau you guys tempah cake dekat secret recipe atau pun dekat Coffee Bean (kan ade cake fondant yg boleh ditempah tu) aha..kat situ lagi terus kene bayar lump-some tau. Banyak dah dengar bakers yang teraniaya sebab customer tak bayar deposit (baker tersebut buat jugak order atas dasar percaya) alih-alih cancel last minute !! Siapa lah yang nak makan cake tu, badan dah la penat, bazir masa satu.. cake tu maybe boleh sedekah pada orang lain tapi tidakkah perlakuan macam tu menganiaya . Ada juga yang dah pick up cake, dah siap makan (dah berminggu pun) tapi payment  nya buat dunno ajer..Tak baik macam tu, makanan ni jadi darah daging. Ini antara pengalaman yang diceritakan oleh beberapa orang bakers dalam group FB . Geram,sedih , marah semua ada..kesian pada yang teraniaya.
Jadi Puan Tuan,adik kakak..paham kan sekarang kenapa deposit tu sangat crucial .
Beside that , saya dah block the date dan tak terima order dari orang lain sebab nak concentrate buat cake/candy buffet yang dah ditempah tu ..masa yang di allocate untuk slot tu sangat berharga. Kalau lah back out tiba-tiba dan short notice , maka rugi lah pada saya. Because time is money too for us yang buat small medium business ni.

OK lah cukup2 sudah omelan ku...

P/S: ade yang tanya saya boleh buat ke wedding cake,birthday cake..etc etc...BOLEH sangat..memang Tempting Heart boleh buat wedding cake, birthday cake,cheese cake, pavlova,pudding, cookies, tartlets , anything sweet under the sun. Pada mereka yang tinggal disekitar Ipoh, Taiping, dan kawasan sekitar Perak boleh place order .U can either pick by urself or kita boleh buat delivery .




Tuesday, 22 January 2013

Dessert table di Majlis Aqiqah dan Berendoi di Meru Hills Ipoh


This is the second time  untuk Tempting Heart buat dessert table untuk Majlis Aqiqah dan Berendoi. Apa yang bestnya bila buat untuk meraikan si comel ni, tentulah sebab ada Marhaban ,ada seisi berendoi dan mencukur jambul . Detik-detik ini sememangnya sesuatu yang indah buat ibu dan ayah serta seluruh keluarga.

Tempting Heart terima tempahan dari Puan Syafiza dengan tempoh masa yang dekat sangat dengan deadlinenya. Kira-kira tak kurang dari 10 hari sebelum majlis, nasib baik designer sempat design custom made chocolate bar ,signage dan juga doorgift yang didalam nya ada personalized Yassin ,cookies dan personalized choc bar.

Majlis Aqiqah dan Berendoi ni ada dua baby, seorang Hanif Aydan Adha ;putera ketiga Puan Syafiza dan anak saudara nya Adeena Sofia .

So here are the pictures ...