Wednesday, 21 March 2012

The Cake Mistress


Yeah I'm the Cake Mistress...every night and day mingling with cakes ;) Kalau free time pulak busy surfing ,reading ,studying recipes. 
Kalau dulu sibuk study subject Journalism,and Masscom now..sibuk memahami tentang sesuatu bahan dan recipe. Macam belajar chemistry jgk la...put this and that..turn to what..
Kerajinan mengolah dan berexperiment tu memang sangat-sangat diperlukan. Kekadang bile buat tetiba ade error ,cake jadi begini lah begitu lah.. 

Bila jumpa recipe -recipe baru memang exited nak try... cuba sampailah outcome nya memuaskan hati. Sebenarnya nak buat apa pun kena lah ada kesungguhan..jangan lokek nak mengeluarkan duit untuk mendapatkan ilmu. Apa salahnya spend sikit peruntukkan untuk hadir ke class yang ada hands on kemudian beli buku-buku recipe untuk rujukan sendiri jugak nanti. 

Ada yang terlampau berkira,sehingga nak semuanya nak spoon feed. Kalau di Uni..golongan ini seboleh-bolehnya nak lecturer bagi jer semua information.Photocopy semua notes dan terus-terusan perlu diberitahu baca ini ,baca itu. Bila sifat 'spoon feed' ni menjadi kebiasaan ,sampai bila pelajar nak explore dunia ilmu yang sesungguhnya cukup luas. Apa salahnya disamping mendapat tunjuk ajar guru, kita berusaha sikit pergi dig up segala jenis buku, search journal dalam internet dan buat sendiri notes. Jelas nanti kita akan jumpa beberapa benda baru yang belum kita ketahui. The excitement of finding new knowledge tu tak boleh nak gambarkan. 
Macam tu jugak dengan Ilmu masakan . Bila kita pergi ke class ,ade guru yang memberi tunjuk ajar,semestinya ade beberapa tips disampaikan. Kemudian disertakan dengan pembacaan ,pasti akan membuatkan kita lebih 'kenal' dunia masakan. Now days..berpuluh ribu blog masakan, website dari chef boleh dicari dengan hujung jari saja, cuma kene rajin google,rajin baca,rajin take notes. Semua tu tentulah amik masa , kita terpaksa korbankan waktu senang lenang kita, waktu menonton tv kita , waktu ber'dating' kita dengan membaca segala mak nenek article . Tak kira pula mata yang pedih berjaga malam, duit electric dan bil internet yang kita bayar untuk dapatkan ilmu tu. Gunakan sebaik-baiknya kuasa internet, bukan hanya online FACEBOOK saja..  Tapi mari nilaikan kembali siapa yang akan beruntung dari semua ini??Tentulah kita . Semakin 'berisi' dengan ilmu-ilmu dan tidaklah kosong tak tahu apa-apa ,lepas tu marah bila yang hendak kita cuba buat tak menjadi. 

Sadly , there's people who loves to gain "it" in express way, and for free. Dia orang tak sanggup nak bayar pegi class, tak sanggup nak spend masa cari articles yang berlambak-lambak kat dalam internet . Tak tahan nak bersengkang mata ...Alih-alih cara paling mudah, cuba cungkil dari mereka yang berkenaan. Memang tak salah nak bertanya ,dan bukannya mahu kedekut ilmu yang sikit. Tapi sekali sekala cuba usaha sendiri cari , baca...experiment sendiri.. Bukankah lebih manis kejayaan kita tu nanti . 
Ramai bakers,chocolatier mengadu , ramai rakan-rakan yang mana sebelum ni tak pernah rapat pun , tetiba pm kat FB terus tanya recipe.. Walhal tahu orang ni buat business , takde perasaan malu ker? Sebelum ni tak pernah nak care,nak amik tahu tegur sapa tetiba pm nak mintak recipe. 
Kalau setakat macam ni baiklah gunakan ENCIK GOOGLE ..tanyalah apa saja pada Encik Google tu..pasti dia ada jawapannya. Perkara semudah itu pun MALAS???? 

Permulaan wahyu yang diturunkan Allah S.W.T melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah IQRA. 
IQRA=BACA!! Baca dengan nama Tuhan mu.. bila sebut baca...paham tak bahawa pemBACAan itu penting dalam menjelajah dunia ilmu yang luas. Segala panduan manual kehidupan juga ada dalam Al-Quran yang menuntut kita hambaNya BACA! Jelas sekali kan...kalau nak pandai, nak jadi hebat, nak berilmu, nak kaya, nak berjaya KITA KENA BACA!  

Sikap orang kita yang terlalu malas nak membaca, sehingga pembacaan ringan seperti baca blog2 yang ade panduan-panduan berguna pun rasa sangat membebankan otak...mungkin hanya suka baca gosip ataupun citer cinta saje. 
Dan jika mahu bertanyakan kepada orang lain tentang sesuatu ,bukankah Islam mengajar kita adab-adab bertanya dan berguru. Paling asas sekali, memberi salam . Kita ni nak bertanya, nak minta ilmu dia.. sebaik-baiknya guna perkataan yang menyenangkan. 
Seperti " Assalamualaikum (nama sahabat) , boleh tak nak tanye,kalau tak keberatan nak berkongsi yang 'benda' tu kan macam mane..saya dah cuba tapi xmenjadi ..bla bla" Kemudian bile dah org tu share ,ucapkan lah kata-kata penghargaan,dan sebagai muslim tak salah mendoakan "Terima kasih sbb sudi share,semoga diberkati Allah dan awak murah rezeki" 

Janganlah disebabkan kita terlampau modern dan hidup di zaman yang serba nak cepat jer ni.. tanya pun terus "Eyh U, ape recipe benda yang u buat tu" hmm
"leh bagi tau camne ko buat tu ?" 
Pernah sekali out of no where ada kawan adik yang dah lama tak bertegur sejak add dalam facebook tak pernah sekali nak say hye pun....Alih-alih terus prompt dekat chat tanya recipe..dah diberi recipe terus off..tade cakap thank you ke hape ke ....Ya Allah..macam-macam perangai manusia nie...
Kekadang kita tak sedar ,kita dah offended orang lain dengan kata-kata kita. 
Pesanan untuk diri sendiri juga. Sememangnya kita insan yang lemah, selalu terkhilaf..namun cubalah untuk menjadi yang terbaik dan berguna pada orang lain. 

Begitu juga karenah customer yang DIVA. Tiba-tiba terus terjah .."buat benda ni tak?" Ok la maybe ade setengah orang agak ROCK skit , tapi macam mana nak dijawab bila penanya tak tahu apa yang nak ditanya. Bila kita sebut jenis-jenis cake , tak tahu..sudahlah tak tahu , lepas tu terus tuduh mahal . Walhal awak sendiri tak buat research dulu nak cake macam mana. Kalau nak murah harga belasan ringgit..Silakan beli cake sponge di Tesco,Giant ,or any kedai cake comercial. Itu adalah cake sponge yer..bukan Butter cake ..bukan Continental Cake pun..Cuba jugak la nak bersabar, tapi sampai tahap dalam hati terbit rasa..." macam mane ni, nak macam benda yang high class, tapi pada harga yang terlalu murah! Sudahlah tu tunjuk DIVA" 
Macam ni la..pada mereka yang nak tunjuk DIVA dan betapa high class nya anda...Sila tempah cake terus dengan prestigious Cake Designer seperti Delectable , Sugar Flours  or kat ICCA . Delectable tu kedai kawan sekolah saya dulu...cake dia memang superb .Harga pun SUPERB...Price untuk kek kahwin or novelty cake starting from RM1000 ...1K ok starting dia...haa dekat situ boleh nak tunjuk DIVA macam dunia ini ente yang punya. 
Apa-apa pun tak kiralah tempah pada siapa pun, tolong jangan layan orang lain seperti KULI. 
Rasulullah S.A.W sentiasa menghargai orang disekeliling baginda. Jangan merendah-rendahkan orang lain,walhal orang itulah juga yang sedang memberi perkhidmatan pada kita. (mode Insaf) Thank you makcik Cleaner , pakcik DBI yang kutip sampah...We owe you all a lot. T_T 
  


Specially bake for my darling bestie Reena 



Order yang datang jauh dari Bumi Kenyalang utk dideliver pada GF nya di KL 



Strawberry Choc moist 

Utk project direct marketing saiful 




Tuesday, 20 March 2012

CHEESE CAKE --Sinful but yet can't resist


Cheese cake..bagi pengemar cheese ,cake ni memang takkan ditolak kalau dipelawa makan. Cake ini ade history nya sendiri , masih ingat lagi mula-mula kenal dan jatuh cinta dengan blueberry cheesecake bila kakak saudara ;Kak Fina selalu bawak cake ni dari KL ke Taiping utk dimakan pada hari raya. Ingatkan dia beli,rupanya si chenta hatinya yang buat...terkejut gak la tak sangka abg Nadzim pandai sungguh buat cheese cake . Ada sekali tu ,malam raya ade special delivery lagi gitu ,hantar ke rumah Opah di Changkat Jering. Since that , memang dah jadi trademark la , Kak Fina and Abg Nadzim =Blueberry Oreo Cheesecake !    
                          

Rupanya Abg Nadzim mmg buat biznes jual cake ni, sampai lah mereka selamat bernikah dan ade anak masih lagi setia dengan cake ni. Masa tu yours truly belum pandai dan tak berani nak experiment sendiri . Sampailah awal tahun hari tu , masa cuti New Year ..mintak special tutorial dari Kak Fina n Abg Nadzim. Terima kasih bebanyak sebab sudi share this recipe , semoga Kak Fina n Abg Nadzim dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya.

First time cuba ..terus jadi (yelah depan cikgu kan) hahhaa
dan akhirnya...pantang lepa jer mesti akan buat BOC..kekadang tukar jadi Strawberry ..now dah berani nak experiment sendiri. 

FYI, cheesecake ni ala New York style ,dia hanya guna cheese, sikit gula dan telur. Takde tambah2 bahan lain . So memang rasa dia pure cheese dan kerana itu juga dia nampak agak rendah. 
My sister Lea , yang sebelum ni tak berapa gemar rasa cheesecake pun terus jadi minat selepas makan cheesecake ni. Oh ok...lagi satu recipe rahsianya...saya hanya guna Philadelphia cheese ..tak pakai jenis lain ..sebab taste Philadelphia ni memang highly preferred by others compare to other brand. Anchor and Tatura dia macam byk water content..Semua ni dipersetujui oleh bakers yang lain . 

Just imagine sinking your teeth into soft cottony cheese and it just melt inside your mouth  ...yumm yumm


Aren't you tempted?






So people , don't hesitate to place your order . I'll baked according to your preference.Either you want it just plain New York cheesecake,or with your favorite fruit filing like  Blueberry Oreo, Strawberry Oreo,Caramel ,Chocolate and anything you love.  



Monday, 19 March 2012

Kepingin..

Bila tuan badan kepingin nak makan ..maka apa lagi ,operasi membikin pun dimulakan.
Selalunya duk buat untuk orang jer..Jadi sekali sekala buat jugalah untuk diri sendiri.
Entah kenapa lately teringin nak makan yang manis-manis aje...ni dah terfikir di otak nak buat cheese cake pulak..mentang-mentanglah stok cheese ade kat dalam fridge. Mana tak teringin bila dah tengok recipe orang-orang lain kat forum dan blog ,mula la terliur, tangan gatal nak capai mixer ..

So ini hasil permintaan hati ..hahaha

Pavlova ..I omit the vanilla essence to have a white meringue ..I squeezed a little lemon juice ,to give a tangy taste a bit . 

Hati ku tak tahan....Owh..U might wonder why ade bentuk2 bulat2 gitu...itu memang disengajakan..I just piped it with nozel ..


Sedappp!!!! 


Rasa yang rapuh diluar dan lembut didalam , bile makan ia mencair dalam mulut...Bila gigit sekali dgn buah-buahan,tak terasa sangat kemanisan meringue tu.



I'm Loving It

Cuaca dalam dua hari ni panas ,dan terik. Setelah berminggu-minggu hujan lebat sampai banjir di beberapa kawasan di Ipoh ni..

Dengan cuaca yang agak panas ni sebenarnya sesuai sekali kalau nak buat macaron.. Sebab kalau cuaca humid ,macaron lambat kering dan nanti kebarangkalian untuk macaron jadi makherot sangat tinggi. Satu lagi dessert yang guna egg white saja ialah Pavlova..both gune meringue ..but ade lah additional ingredient yang berbeza..cuma bahan asas nya sama iaitu putih telur dan gula. 

Weekend lalu sempat sambar beberapa jenis buah-buah yang murah.. Strawberries , plum, kiwi, grape..So ladies..apekah namanya tu...itu tandanya time to bake Pavlova...Yummy <3 

Sebenarnya Pavlova ni dalam kategori dessert . Ia tak macam kek . Diperbuat dari meringue (putih telur ) Pavlova ni dinamakan sempena nama penari ballet  Russia Anna Pavlova . Australia dan New Zealand ;kedua negara ni tak habis bertekak dessert ni berasal dari negara mereka. Masing-masing claimed diaorg yang punya ..
Tapi mengikut research rasmi New Zealand dikatakan empunya masakan tradisi ni. 

Ia dicipta oleh Chef Hotel Wellington di New Zealand sempena kunjungan penari ballet Anna Pavlova pada tahun 1926.

Pavlova ni rasanya manis , crunchy kat luar dan chewy seperti marshmallow kat dalam..

Rasa manis tu tak terasa sangat bila dimakan bersama-sama buah-buah yang masam macam strawberry, blueberry, raspberry, kiwi, peach , plum. Dan kalorie nya pun lebih rendah dari cake lain sebab pakai white egg saja...Cuma bagi orang yang ada diabetes memang risau lah kan sebab makan manis, tapi kalau rasa satu slice ,would be no harm . 

Mini pavlova






view from top

Sweet for my sweet....scrumptious pavlova 



Satu penyiksaan tak???hehehe slurp slurp nyummmm

Open for order...so place your order now Darling...