Saturday 14 May 2011

Apa itu Buttercream ,Fondant, Chocolate Ganache

Buttercream - frosting cake yang terdiri dari gula icing,creamwell,sedikit air dan vanilla...ada juga yang meletakkan shortening atau butter..Basically buttercream frosting ni samada menggunakan cream biasa atau pun atas permintaan pelanggan boleh digantikan dengan creamchesse .Creamchesse frosting sesuai dipadankan dengan cake redvelvet  dan carrot cake.
Jadi jgn keliru...buttercream ni sama mcm cream2 atas cake yg lembut tu..membezakan rasanya ialah ada yang byk letakkan shortening atau butter..

Fondant- Perincian diatas cake yang bertekstur keras ( tapi tidak lah terlalu keras) boleh di makan.Asalnya daripada gula icing dan beberapa bahan lain..cuma bentuk awalnya adalah doh kemudian dicanai dan dibentukkan mengikut bentuk2 tertentu .Seperti bunga,rama-rama,figurine yang bermacam-macam bentuk. Kebiasaannya harga cake dengan perincian fondant adalah sedikit mahal dari buttercream kerana kerumitan dan mengambil masa yang lama untuk membentuk adunan fondant tersebut menjadi bentuk-bentuk yang pelanggan inginkan.

Chocolate Ganache-Ganache berasal dari perkataan France..Basically choc ganache ialah frosting chocolate yang disapukan atas cake dan kelihatan berkilat. Chocolate ganache mengandungi cooking chocolate,whipping cream/double cream dairy  or non dairy dan sedikit butter.
Harganya lebih sedikit dari buttercream frosting sebab menggunakan cooking chocolate .
Harap penerangan yang serba sedikit ni dapat membantu anda semua yang nak membuat pilihan pesanan.
p/s : sorry to chef2 kalau penerangan ni ala2 sahaja..sebabnya hanya untuk seisi pencerahan supaya orang-orang yang tak tahu menahu pasal dunia masakan ni tahu la serba sedikit.

1 comment: